User Online

LightBlog

Cerita Seram

LightBlog

Thursday 28 June 2018

Cuai nya bekas suami jaga Danial .. Kaki anak lelaki hancur digilis Forklift ditempat kerja ayah nya (10Gambar)

Gua Musang: Seorang ibu tidak dapat menahan sedih nya apabila dia kini dia dirundung malang lagi apabila kaki anak lelaki nya yang berusia enam tahun  yang dijaga bekas suaminya hancur digilis kenderaan pengangkut barang dalam kejadian, pagi semalam.
Ruslida Kamarazaman, 38, yang baru berpindah ke rumah baru di Kampung Chegar Bungor di sini, dua hari sebelum Aidilfitri selepas kisahnya anak-beranak menjadikan kandang kambing sebagai tempat berteduh selepas dihalau bekas suami nya selepas berpisah mendapat perhatian ramai.
Kaki kiri Mohd Danial Adha Shafawe hancur digilis kenderaan itu ketika bermain di pekarangan kilang papan, jam 9.55 pagi.
“Sungguh sedih dengan kejadian itu dan kaki anak mungkin terpaksa dipotong,” katanya ketika ditemui, semalam.
Ruslida berkata, mangsa tinggal bersama bapanya, Mohd Shafawe Omar, 44, di rumah kongsi kilang berkenaan di kampung yang sama selepas mereka bercerai sejak setahun lalu.
Mohd Danial Adha adalah anak keenam daripada tujuh beradik dikatakan bermain di kawasan kilang papan itu manakala bapanya pula bekerja tidak jauh dari situ.








Difahamkan, pemandu kenderaan berat itu tidak menyedari mangsa bermain di kawasan berkenaan sebelum dia terdengar jeritan kuat daripada Mohd Danial Adha.
Mangsa dikejarkan ke Hospital Gua Musang (HGM) sejurus selepas kejadian sebelum dirujuk ke Hospital Kuala Krai (HKK) untuk rawatan lanjut.
Menurut Ruslida, dia dimaklumkan mengenai kejadian menimpa anaknya itu jam 11 pagi dan bergegas ke HGM.
“Hanya dia seorang (Mohd Danial Adha) daripada tujuh anak saya yang tinggal bersama bekas suami selepas kami bercerai,” katanya.
Kisah keluarga Ruslida yang tinggal di kandang kambing selepas bercerai dengan suaminya sebelum ini mendapat perhatian Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) dengan membina rumah baru untuk keluarganya, semoga Danial cepat sembuh.

No comments:

Post a Comment

LightBlog