User Online

LightBlog

Cerita Seram

LightBlog

Friday 29 June 2018

Malam terakhir Kok Long tidur bersama ibu dan adik .. Ajal Damia digilis lori sampah dipandu warga asing (8Gambar)

Shah Alam : Sebak dan pilu hati seorang ibu melihat tubuh kaku anak tersayang yang lebih mesra dengan panggilan kak long ajal nya maut digilis lori sampah yang dipandu warga asing.
Sebaik jenazah berada dirumah sebelum di semadikan hari ini sayu luhahan ibu nya, beliau menyatakan malam ini adalah malam terakhir kak long tidur bersama ibu dan adik-adik ini mengudang pilu insan-insan yang mengenali keluarga ini.
Harian metro melaporkan Murid perempuan Tahun Tiga maut selepas dipercayai dilanggar sebuah lori sampah dalam kemalangan di Seksyen 27, Shah Alam, hari ini.
Dalam kejadian jam 1.35 tengah hari, mangsa Nor Syazrina Damia Mohd Nazrul Rafizi, 9, difahamkan cuba menyeberang jalan bersama rakannya.
Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Baharuddin Mat Taib berkata, siasatan awal mendapati pemandu lori terbabit dipercayai dari arah Persiaran Klang ingin membelok ke simpang di jalan itu.





“Ketika membelok ke simpang itu, mangsa bersama rakannya dipercayai melintas jalan secara tiba-tiba.
“Rakan mangsa sempat melintas, namun mangsa bergesel lalu terjatuh ke bawah lori sampah berkenaan.
“Pemandu lori itu kemudian menghentikan kenderaannya dan mangsa cuba bangun, namun lori berkenaan mengundur menyebabkan mangsa digilis tayar kenderaan terbabit,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik yang dipanggil ke tempat kejadian.
Katanya, pemandu lori berkenaan juga tidak berada di tempat kejadian dipercayai melarikan diri laporan mengatakan pemandu tersebut tidak mempunyai lesen untuk memandu lori terbabit.
“Kita sudah menghubungi pengurus syarikat terbabit untuk mendapatkan butiran pemandu berkenaan dan kerja-kerja mengesan individu yang melarikan diri itu kini giat dijalankan.
“Polis memohon kepada mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai kejadian untuk tampil bagi membantu siasatan,” katanya.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Al fatihah.

No comments:

Post a Comment

LightBlog