Sumber: Blog
Cite
ni adalah kisah benar yang betul-betul berlaku kat aku dalam 2-3 tahun
lepas. Bukanlah niat aku nak burukkan sapa-sapa, tapi sekadar pedoman
dan iktibar buat kita yang masih hidup di dunia ni. Kisah ni berkisar
masa aku belajar kat Kolumpo ari tu.
"Mana ada hantu kat sini?!"
Aku
duduk kat satu apartment yang disediakan oleh pihak kolej. Time tu baru
masuk, jadi aku takde niat nak menggatal tinggal kat luar. Lagipun
duduk kat sini boleh pegi kolej naik bas yang disediakan oleh kolej.
Jimat sikit.
Ramai jugak student yang duduk kat sini. Bebudak KUIM
pun ada. Pastu bebudak MARA apa tah pun duduk kat sini. Jadi apartment
ni dikongsi oleh 3 buah institusi pelajaran. Jadi macam-macam la pe'el
bebudak yang kita boleh nengok.
Umah ni kolej aku punya. Jadi kitaorang tak terlibat langsung ngan bayar-bayar sewa ataupun api air. Dia potong straight.
Macam
biasa, kalau tempat tinggal student macam ni, mesti ada cerita-cerita
hantu yang timbul. Awal-awal aku masuk umah ni pun terus je dengar
cerita hantu dari senior serumah. Namun ketika itu aku haram tak percaya
ada hantu. Maklumlah bebudak, sekali nengok kain terbang, terus je
cakap nampak penanggal. Nak-nak tempat macam ni. Diaorang saling
menakutkan antara satu sama lain. Mangli ngan cerita macam ni, jadi aku
buat tak pot je.
Krew Baru
Dalam umah aku tu, aku sorang je yang
ambik course yang aku ambik tu. Orang lain semua entah hapa course dah
diaorang ambik. Start masuk kelas, aku jumpa member baru. Tapi diaorang
tak tinggal satu umah ngan aku. Terus je kitaorang jadi kamcing giler.
Nak-nak ada satu particular group ni yang sama-sama minat muzik jugak.
Aku yang baru nak berjinak ni nampak perkara ni macam satu peluang yang
baik. (perkara ni banyak membantu aku dalam karier aku sampai hari ni)
Jadi
kitaorang pun membentuk satu pasukan kumpulan gitar rancak. Geng ni
terus tak join ngan orang lain dah. Kitaorang je. Sebab orang lain semua
sibuk pekena Kolumpo. Maklumlah orang kampung first time masuk bandar.
Kitaorang
start jamming. Bila-bila free kitaorang training kat bawak apartment
ni. Bila malam kitaorang pekena menapak jauh gile ke studio jamming. Dah
siap jamming mesti pekena makan nasik, jadi boleh dikatakan hari-hari
aku balik lewat.
Krew-krew baru aku ni semuanya duduk kat umah yang berlainan. Jadi kalau nak jumpa kena meeting kat mana-mana.
Budak Yang Berperangai Aneh
Kat
umah baru aku ni, aku haram tak bertegur sapa ngan sapa-sapa pun. Bukan
la sampai jadi sombong pulak, tapi maklumlah aku ni pemalu orangnya.
Jadi aku tak banyak bercakap kat dalam umah. Lagipuin diaorang semua dah
beso panjang. Aku ni bebudak lagi.
Dalam umah aku banyak meluangkan
masa dengar discman aku kat atas katil sorang-sorang. Nak mingle ngan
bebudak umah tak ngam langsung.
Yang aku ingat kat umah aku tu
ada sorang ni stail alim-alim Sheikh namanya. Pastu ada abang sasa ni
muka sejibik macam Norman Hakin, jadi aku panggil dia Norman Hakim.
Pastu ada sorang mamat "aww.." ni Wan nama dia. Yang lain-lain semua
samada aku tak ingat nama diaorang ataupun aku tak tegur sampai tak tau
nama.
Langsung aku tak ambik tau apa yang diaorang buat. Yang jelas,
time buat besday party, aku ada la menyempe sebab ada makan-makan. Pastu
meeting umah, aku kena ada sebab aku pun ahli umah tu. Selebihnya masa
aku dihabiskan kat luar bersama bebudak kelas aku.
Ada jugak la 2-3
orang budak umah tu cuba nak bermesra ngan aku. Bukan sebab aku sombong,
tapi tak ngam langsung pemikiran diaorang ngan jiwa aku. Ada tu sosial
sangat, ada tu alim sangat, ada tu layan Nsync, ada tu asik nak bina
badan je. Cuma Wan Aww ni je yang ngam ngan aku. Sebab dia aww jadi dia
caring lebih ngan aku. Banyak mende aku rujuk kat dia. Sebab tak berani
nak tanya ngan housemate aku yang lain-lain. Aku anggap dia ni
all-rounder. Ngan semua orang dia ngam. Samada golongan aww ni memang
macam ni ataupun dia sorang je, aku tak tau. Tapi ada sesuatu aura yang
mencurigakan menyelubungi Wan Aww ni. Aku terasa seperti something...
Rutin Harian Saya
Pepagi
aku kuar pegi kelas. Bila balik dari kelas mungkin kitaorang pekena
snooker kat kolej. Pastu terus lepak umah member aku ni main gitar
sampai malam. Bila malam kitaoramng kuar jamming. Pastu baru la makan
malam. Pastu lepak minum sampai padat pundi kencing. Hari-hari dalam
pukul 2-3 pagi jugak aku balik ke umah.
Sebab tu lakadang-kadang bila
aku balik umah tu, diaorang semua pakat-pakat nyanyi lagu 'Hotel
California' ramai-ramai. Memang. Memang aku buat umah tu macam hotel.
Aku balik hanya untuk 2 tujuan sahaja. Mandi dan tido.
Ada jugak satu
peringkat aku dah lupa macamana rupa paras bebudak umah aku ni. Bila
diarang dah start tido baru aku balik. Time pepagi memang chaos, semua
bersiap nak pegi kelas. Last-last bebudak umah aku ni dah tak macam
housemate aku dah. Macam orang lain. (mungkin sebab ni dompet aku kena
rompak. Rujuk Bidadari Bab 15 - Kebab oh Kebab)
Wan Aww
Satu hari
tu aku sembang ngan Wan Aww ni. Hari tu kebetulan aku balik awal. Dia
tengah lepak depan pintu umah. Memula aku kuar sebab nak tipon. Tipon
awam swasta tu depan pintu umah aku ni je. Tipon tu paling senang nak
curi line. Lepas dail, korang masuk je duit syiling 5sen. Terus timer
dia hang. Akupun time tu memang banyak buat panggilan jarak jauh. Jadi
aku memang sayang kat tipon awam ni. Memandangkan aku ni nak cerita
pasal hantu bukan pasal tipon awam ni, jadi aku rasa molek aku teruskan
cerita aku ni.
Wan Aww cerita. Time tu dia tengah kusut sebab adik
dia baru lepas meninggal. Aku tanya pasal apa. Pastu dia terus story
pasal adik dia ni yang sakit sejak kecik lagi. Sakit yang misterius.
Macam demam, pastu meracau-racau. Dah bertahun-tahun dah. Pegi hospital,
hospital cakap takde apa-apa. Pastu famili dia try berubat cara
tradisional. Dia cakap entah berapa banyak dah Tuan Guru Ibrahim Mat Zin
yang dia jumpa tapi tak baik-baik jugak.
Bila dia jumpa bomoh, bomoh
tu akan suh balik umah. Pastu malam tu kalau ada dengar apa-apa, jangan
tegur. Sebab bomoh tu punya assistant akan buat kerja. Banyak la jugak
bomoh yang buat stail macam tu. Sebab tu dia cite bila malam-malam, dia
dengar macam-macam bunyi pelik kat umah dia.
Namun adik dia tak
baik-baik jugak. Last-last adik dia meninggal. Tu yang dia sedih sangat
tu. Lagi power, walaupun adik dia dah takde, tapi bunyi-bunyi pelik kat
umah dia time malam-malam tetap ada.
Aku akui bahawa aku memang seram
gile masa Wan Aww ni cerita. Naik meremang roma aku. Tapi aku paling
seram bila cerita yang sebab dah banyak sangat bomoh diaorang jumpa,
maka banyak gile hantu aneka jenis yang still melepak kat umah dia. Dan
ada jugak yang permanently attached ngan ahli keluarga dia. Termasuk Wan
Aww ni.
Oblivious
Sekali geng kumpulan gitar rancak aku ni plan
nak masuk satu pertandingan kugiran. Maka makin intense la sessi latihan
kitaorang hari-hari. Kuar pepagi malam baru aku balik. Kebetulan
semester tu aku takde kelas pagi. Boleh la aku bangun lewat hari-hari.
Time
ni bila aku balik je umah dah sunyi. Dah gelap. Semua orang dah tido.
Bila aku celik mata semua orang dah keluar pegi kelas. Hari-hari macam
tu. Sampai aku naik rindu pulak nengok muka bebudak umah aku ni. Selalu
nampak la jugak sekilas lalu lalang depan bilik aku. Ini takde langsung.
Satu
malam tu tu macam biasa aku balik semua orang dah tido. Jam pun dah
pukul 3am. Bila aku start nak tido aku dengar bunyi kat dapur. Macam ada
orang memasak. Periuk belanga berlaga. "Ni mesti Norman Hakim masak
megi ni." bisik hati kecil aku ni. Pastu aku ingat nak
menyendeng-nyendeng kat Norman Hakim ni ejas-ejas megi sikit, sebab
perut aku pun agak lapar jugak ni. Aku pun bangkit dan terus menuju ke
dapur. Aku nengok dapur gelap semacam je. Takde pun kelibat Norman Hakim
ni. Pastu pintu bilik dia tutup. Hampeh tul. Mesti dia dapat kesan aku
nak ejas megi dia. Sebab tu dia terus bawak lari masuk bilik.
Sejak
hari tu tiap-tiap malam aku dengar Norman Hakim masak megi kat dapur.
Aku ingat, kalau aku apply pun mesti tak dapat punya, jadi aku biar je.
Lagipun aku ni memang maleh nak bangkit bila dah landing.
Kadang-kadang
tu dengar bebudak ni sembang kat ruang tamu. Tapi aku haram tak paham
butir percakapannya. Walaupun aku dah pasang telinga dan dengar
betul-betul, tapi tak dapat tangkap jugak. Mungkin diaorang mengumpat
aku dalam bahasa rahsia. Ataupun mungkin jugak Sheikh sembang ngan
member dia dalam bahasa arab ke, bahasa Tehran ke, bahasa sanskrit ke.
Sebab
Sheikh ni memang alim orangnya. Lagipun dia berasal daripada Sarawak.
Dan paling power, dia sebenarnya sekampung ngan Bidadari. Masa raya
tahun 2001 aku ada jugak bertandang ke umah dia kat Sarawak nun. Aku
memang tak boleh nak elak daripada lari tajuk cerita ni. Aku ni nak
cerita pasal hantu, bukan pasal Sheikh ni. Baik aku teruskan cerita aku
ni. Pepehal, pasal status Sheikh ni yang sekampung ngan Bidadari akan
aku ceritakan kat 'Bidadari Rewritten'.
Yang aku herannya, masa aku
balik, semua dah tido. Bila aku dah landing nak tido, barulah diaorang
kuar bersembang. Mungkin diaorang memula nak tido, pastu tak dapat
lelep, pastu ajak member kuar sembang.
Horrific Truth
Ada la dalam
seminggu lebih aku tak jumpa bebudak umah aku tu. Maklumlah, aku dah la
balik lewat, bangunpun lewat jugak. Mananya nak jumpa. Bila diaorang
bangkit memalam nak masak megi ataupun sembang (dalam bahasa Tehran) aku
dah ngantuk sangat.
Time tu ada sesuatu yang meng-heran-kan aku bila
aku jumpa bebudak umah aku kat kolej. Diaorang semua sibuk ngan hal
masing-masing. Sebab dah hujung semester. Jadi sekejap je aku dapat
bercakap ngan diaorang.
Bila aku jumpa Norman Hakim dia tanya,
"Ko duduk lagi umah tu Amin?"
"Ha'ah"
"Waa.. ko memang power"
"Ngape pulak?"
Pastu dia blah. Tak sempat aku nak tanya.
Bila aku jumpa Sheikh dia cakap,
"Sapa lagi duduk ngan ko skang ni?"
"Haa??"
Sebab aku tak paham butir percakapan dia tu, aku terpana. Pastu dia blah.
Akhirnya kebenaran terungkap bila aku jumpa Wan Aww.. (kat kolej)
"Wan, lama tak nampak ko skang ni?"
"Aku dah pindah kuar. Aku duduk ngan bebudak DSK (Diploma Sains Kompiter) skang ni"
"Ooo.. patut la lama tak jumpa"
"Ko duduk umah Man kan skang ni?"
"Eh tak ah.. aku duduk umah kita tu la..."
"Umah kita tu?"
"Ha'ah pesal?"
Time ti muka Wan Aww tu dah pucat gaya macam nampak hantu. Tangan dia pun ketar-ketar hisap rokok.
"Ko tak tau ke?"
"Tau apa!"
"Bebudak semua dah pindah keluar. Wan ingat ko pun dah pindah jugak."
"Semua orang? Semua sekali? Abih tu sapa je yang tinggal?"
"Tu la pasal Wan ingat ko pun dah pindah. Jadi umah tu kosong la skang ni. Tak tau pulak ko masih duduk kat situ"
Di pendekkan cerita, Wan Aww ni story kat aku.
Dua
minggu lepas, pukul 2 pagi Wan Aww ni dengar bunyi kat dapur. Dia pun
pegi la usyar. Tapi gelap je semacam. Dalam keadaan suram tu dia nampak
satu kelibat berdiri kat depan pintu tandas. Bila dia nengok
betul-betul, rupanya sorang pompuan. Rambut teknik rebonding sampai
dada. Pakai baju warna putih tutup seluruh badan. Bila Wan Aww ni
pandang muka dia, dia terus menyeringai. Wan Aww ni apa lagi, menjerit
la sampai sakit anak tekak. Bebudak lain yang dah tido semua terjaga.
Time ni semua bebudak umah aku tu nampak lembaga ni. Dia terus mengilai
sambil terbang keluar ikut tingkap. Walaupun tingkap tu tutup, tapi dia
meresap je keluar.
Dari Norman Hakim yang berbadan sasa tu, sampai ke
mamat Nsync ni, sampai la ke Sheikh yang alim tu, semuanya tak cukup
tanah berlari keluar dari umah tu. Terus tak balik dah malam tu. Tido
umah member masing-masing.
Hanya 15 minit lepas diaorang semua lari keluar, sekonyong-konyong akupun balik umah. Terus tido. Macam takde apa-apa berlaku.
Punyalah
terkejutnya diaorang ni nampak lembaga tu, mamat Nsync ni terus jadi
macam sawan malam tu. Pastu malam tu jugak diaorang bawak pegi berubat
kat seorang pengamal ilmu perubatan tradisional yang berdekatan. Bomoh
tu cakap, makhluk ni datang dari jauh. Tapi dia tetiba attached ngan
umah tu, sebab umah ni pernah berdarah. Maksudnya pernah ada orang mati
kat dalam umah ni. Padahal makhluk tu datang situpun sebab menumpang si
Wan Aww ni. Kalau nak halau makhluk ni, kena panggil tuan dia. Iaitu
salah satu daripada bomoh yang family Wan Aww ni pernah jumpa sebab nak
mengubat adik dia dulu. Jadi bomoh ni pun tak boleh buat apa-apa la.
Pagi
besoknya, sebelum aku bangun dari tido, diaorang ni semua datang balik
umah tu, packing barang, dan terus pindah keluar hari tu jugak. Aku yang
tak tau apa-apa ni, masih duduk kat umah tu. Buat macam biasa.
Now I Know
Migrasi
beramai-ramai penduduk umah aku tu tak dapat aku kesan sebab takde apa
perubahan berlaku. Sebab bila hari siang aku takde kat umah tu. Bila nak
tido je aku balik. Selama ni aku saspek diaorang semua dah tido,
rupanya sekor haram pun takde. Semua dah pindah keluar. Pasal
barang-barang diaorang yang dah takde tu aku langsung tak perasan. Sebab
aku balik dah malam. Lampu pun dah tutup. Umah ni gelap gelita.
Paling horror :
Yang
aku saspek Norman Hakim masak megi tengah-tengah malam, bukanlah Norman
Hakim, tapi mende lain. Yang aku saspek Sheikh bersembang tengah-tengah
malam (dalam bahasa yang tak dapat difahami) bukanlah Sheikh, tapi
mende lain.
Jadi secara kasarnya, selama 14 hari, yakni 2 minggu aku
sebenarnya duduk sorang-sorang je kat umah ni. Orang lain semua dah
pindah keluar sebab ternampak hantu kat dalam umah ni. Bunyi-bunyi yang
aku dengar memalam buta tu sebenarnya adalah aktiviti paranormal yang
dijalankan oleh makhluk halus yang dahpun jadikan tempat tu port lepak
diaorang. Bebudak nak lalu kat koridor depan umah siang-siang hari pun
tak sanggup, inikan pulak malam-malam buta.
Bila aku dapat tau
perkara ni aku jadi pucat. Kaget dan terkasima. Aku jadi rasa macam nak
demam. Gile babi ko, dah la orang semua takut nak pegi umah tu sebab
jumpa hantu, aku pulak boleh tinggal kat situ sorang-sorang.
Lalu aku
ambik keputusan mudah untuk pindah kuar jugak. Tapi takde sorang pun
yang berani nak tolong aku angkat barang. Aku paksa-paksa baru nak.
Itupun bertolak-tolak.
Epilog
14 hari tinggal bersama hantu adalah
pengalaman ngeri yang tak mungkin dapat aku lupakan. Ini satu
pengajaran yang berguna buat aku. Lain kali kena beramah mesra dengan
orang serumah. Dan jangan bersikap tak ambik pot pasal persekitaran
kita. Peristiwa ni telah menginsafkan aku.
Tapi yang penting, kita
tak sepatutnya takut kepada hantu ni. Aku tak pernah lagi dengar cerita
pasal orang berdarah lengan kena gigit ngan hantu. Mempercayai hantu
juga boleh menyebabkan syirik.
Jadi pesanan aku adalah, Jangan biarkan hidup anda diselubungi..
No comments:
Post a Comment