Akhbar
The Borneo Post melaporkan, satu makhluk aneh telah ditemui di sebuah
ladang kelapa sawit yang terletak di jalan Bitangor-Sibu, pada pagi
Jumaat.
Penemuan tersebut dibuat oleh sekumpulan pekerja warga
Indonesia yang tiba-tiba terserempak dengan makhluk tersebut ketika
sedang bekerja.
Menurut salah seorang saksi, haiwan pelik itu muncul dan cuba menerkam mereka yang tengah melakukan tugas kira-kira jam 10 pagi.
Bagi
mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku, seorang pekerja
kemudiannya bertindak berani dengan memukul haiwan berkuku runcing itu
sehingga pengsan.
“Kami terkejut. Tak ada orang yang pernah nampak makhluk seperti ini. Ia mungkin spesies beruang yang jarang ditemui.
“Apabila
sedar, kami halau ia kembali ke dalam hutan,” ujarnya yang mengakui kes
tersebut tidak dimaklumkan kepada pihak berkuasa.
Ramai pengguna
yang menonton video dirakam mereka bagaimanapun mendakwa haiwan
tersebut merupakan beruang matahari yang berada dalam kondisi kritikal.
No comments:
Post a Comment