Kerteh : Kegembiraan mereka berempat berakhir dengan tragedi, apabila 2 dari rakan mereka maut dan 2 dari mereka selamat.
Apa yang paling terkilan 2 mereka yang selamat tidak dapat menyelamatkan lagi 2 rakan mereka yang terperangkap dan lemas.
Sinar Harian melaporkan perjalanan empat sahabat ke tempat kerja mereka di Kawasan Perindustrian Gebeng, Pahang dari Kuala Terengganu bertukar menjadi tragedi memilukan selepas kenderaan pacuan empat roda Mitsubishi Triton yang dinaiki menjunam ke dalam sungai menyebabkan dua daripada mereka maut dan dua lagi parah.
Nahas itu berlaku kira-kira jam 9.30 pagi tadi di Kilometer 117.1 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan di Jambatan Sungai Mak Ikar, Kerteh.
Ketika kemalangan, Mohd Amirul dari Kampung Padang Sena, Jalan Sungai Tengas, Kuala Terengganu tercampak keluar dari kenderaan dan mayatnya ditemui dalam Sungai Mak Ikar oleh pasukan bomba kira-kira jam 11.06 pagi.
Dua lagi penumpang belakang, Muhammad Nazirul Iqram Maliki, 20, yang berasal dari Manir cedera parah di kaki serta tangan dan Abdul Halim Che Adri, 22, yang beralamat di Kampung Alor Damat, Mengabang Telipot cedera di kepala.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Said Ibrahim berkata, kemalangan dipercayai berlaku selepas kenderaan itu terbabas lalu naik ke atas besi pemisah jalan sebelum terjunam ke dalam sungai tersebut mengakibatkan pikap itu terbalik dengan empat tayar ke atas.
No comments:
Post a Comment