User Online

LightBlog

Cerita Seram

LightBlog

Saturday 23 June 2018

Kakak cedera parah bertanya adik .. Ajal sijelita pagi jumaat yang mulia Axia dirempuh (8Gambar)

Kota Bharu : Dalam keadaan diri nya parah impak kemalangan si kakak kepada arwah Aqillah sempat bertanya keadaan adik nya itu sedang kan disaat itu adik nya itu telah tiada pergi dijemput lilahi impak kemalangan yang menimpa mereka.
“Berkali-kali anak sulung merayu mahu berjumpa adik keduanya kerana dia masih tidak tahu adiknya itu maut dalam kemalangan, pagi tadi.
“Saya sekeluarga tidak memaklumkan kematian itu kepada anak sulung kerana tidak mahu ganggu emosinya yang akan menjalani pembedahan selepas patah di kedua-dua tangan dan kaki,” kata Nik Mazlan Nik Ghazali, 56, bapa kepada Nik Aqillah, 28, yang maut dalam nahas dua kenderaan di Jalan Kota Bharu-Kuala Krai dekat Kampung Banggol Petai, Kota Bharu, hari ini.
Kemalangan berlaku apabila kenderaan Suzuki Vitara milik keluarga Nik Mazlan dalam perjalanan dari Machang ke Kota Bharu bertembung dengan Perodua Axia yang dinaiki tiga anak Nik Mazlan iaitu Nik Aqillah, Nik Mohd Aizudin, 21, dan kakak mereka, Nik Amirah, 30, yang memandu kereta itu.
Tiga beradik itu dalam perjalanan dari Kota Bharu untuk pulang semula ke tempat kerja di Melaka selepas menyambut Aidilfitri bersama keluarga mereka di sini.
Akibat kemalangan itu, seorang penumpang hadapan Suzuki Vitara, Mohd Zaki Mustafa, 57, maut di lokasi kejadian dan Nik Aqillah yang duduk di bahagian penumpang belakang Perodua Axia cedera parah dan meninggal dunia di Hospital Machang pada 4.50 pagi.








Kemalangan itu menyebabkan lima mangsa lain cedera dan mendapat rawatan di Hospital Machang dan Hospital Kuala Krai.
Nik Mazlan berkata, tiga anaknya termasuk Nik Aqillah yang juga anak kedua daripada enam beradik, bertolak dari rumah mereka di Kampung Banggol, Jalan PCB pada 11 malam dan tiada petanda pelik yang berlaku.
“Sebelum bergerak, kami sempat bersalam sebelum saya menerima panggilan telefon daripada anak lelaki yang memaklumkan mereka terbabit kemalangan.
“Saya bersama seorang anak dan adik ipar bergegas ke lokasi kejadian dan sempat berpesan kepada anak lelaki yang berada di lokasi kejadian supaya minta orang ramai menghantar Nik Aqillah ke hospital memandangkan dia tidak sedarkan diri, manakala anak sulung tersepit di bahagian pemandu.
“Saya reda dengan pemergian anak kerana sudah ajalnya, namun masih terkejut dengan kejadian itu,” kata Nik Mazlan yang bekerja sendiri.
Menurutnya, tiga anaknya tinggal serumah dan bekerja di Melaka dan mereka pulang ke kampung pada hari raya ketiga (Ahad lalu) sebelum bergerak ke Melaka untuk kembali bekerja.
Katanya, jenazah anaknya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Banggol, Kota Bharu, 2 petang hari ini. 
Semoga Amirah cepat sembuh dan seluruh kelurga tabah atas kehilangan Aqillah insan yang amat disenangi keluarga dan rakan-rakan pergi nya dihari mulia. Al fatihah.

1 comment:

  1. Sangat dahsyat. Saya mempunyai Perodua Axia Sama seperti kereta yang disebutkan di atas

    ReplyDelete

LightBlog