User Online

LightBlog

Cerita Seram

LightBlog

Monday 25 June 2018

Pelukan terakhir dari ibu .. Ajal dua beradik meraung minta tolong Exora keluarga di rempuh treler (8Gambar)

Temerloh : Ada yang menangis, meraung menjerit meminta tolong kerana ada yang tersepit terperangkap dalam Proton Exora tersebut.

Seorang saksi menghampiri Proton Exora itu dan melihat mangsa di dalamnya Saya tergamam apabila ada yang mengetuk cermin sambil menjerit meminta tolong tapi saya tak dapat buat apa-apa.
"Dia terus menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat Temerloh untuk bantuan," katanya di sini, hari ini.
Beliau turut bimbang selepas mendapati tangki minyak sebuah daripada kenderaan terbabit bocor namun berjaya dikawal pasukan bomba yang tiba tidak lama kemudian.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, dua beradik yang menaiki Proton Exora, Khasrul Haizal Mohd Yusof, 20, dan adiknya, Khasrul Ikhwan, 18 serta pemandu Toyota Hilux, Chua Jyh Shyong, 37, maut.
Siasatan awal mendapati treler membawa muatan kertas dari arah Kuala Lumpur ke Kuantan gagal dikawal dan memasuki laluan bertentangan.
Ia kemudian merempuh Proton Exora dan Toyota Hilux, menyebabkan ketiga-tiga mangsa maut di tempat kejadian akibat tersepit di tempat duduk masing-masing.






Ibu mangsa Norizan Md Diah bersama-sama suami serta anak-anak yang lain turut cedera, tidak disangka oleh nya gambar mereka sekelurga yang mana Norizan memeluk kedua-dua anak nya yang maut dalam kemalangan tersebut adalah pelukan akhir buat kedua-dua anak nya itu.
Khasrul Izwan mangsa berkata, dia menyedari kelainan Khasrul Ikhwan apabila kembarnya itu rajin membaca al-Quran dan bersolat sejak kebelakangan ini.
"Arwah juga sering mengingatkannya untuk menunaikan solat, baru saya sedar perubahannya itu adalah petanda dia akan meninggalkan saya buat selamanya.
"Walaupun sedih kerana kehilangan dua ahli keluarga serentak ketika umat Islam masih gembira merayakan Aidilfitri, namun saya reda kerana Allah menyayangi mereka," katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik HOSHAS, hari ini. Al fatihah 

No comments:

Post a Comment

LightBlog