User Online

LightBlog

Cerita Seram

LightBlog

Saturday 4 January 2020

Doktor Mukmin pergi jua lepas 7jam bertarung nyawa kemalangan

Taiping : Perjalanan pulang kerumah untuk menunaikan solat jumaat menunggang motosikal bertukar tragedi apabila motosikal yang ditunggangnya terlibat kemalangan tengahari semalam.

Mangsa yang merupakan seorang Doktor di Hospital Taiping parah apabila motosikal yang ditunggangnya merempuh kereta yang dipandu warga emas 77 tahun yang menukar haluan mengejut.

Setelah lebih tujuh jam bertarung nyawa, seorang doktor perubatan disahkan meninggal dunia selepas terbabit dalam nahas di KM 13.6, Jalan Taiping - Kuala Sepetang di sini hari ini.

Mangsa, Abdul Mukmin Abdul Manan, 29, yang bertugas di Hospital Taiping menghembus nafas terakhir pada jam 8.22 malam ketika menerima rawatan akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda Wave melanggar belakang kereta jenis Nissan Sentra yang dipandu lelaki berusia 77 tahun.
Menurutnya, dalam kejadian kira-kira jam 12.40 tengahari itu, kedua-dua mangsa dalam perjalanan dari arah Taiping menghala ke Simpang.

Kemalangan itu dipercayai berlaku apabila kereta terbabit ingin membelok masuk ke simpang kiri menuju ke Jalan LTS Utama 2.

Mangsa yang menunggang dari arah belakang telah terlanggar bahagian kiri kereta itu,katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Osman berkata, pihaknya menafikan insiden itu nahas langgar lari seperti yang didakwa netizen di laman sosial.

Kedua-dua pihak telah membuat laporan kemalangan pada jam 1 petang. Jadi, ia bukan kes langgar lari,katanya.

Mangsa yang baru 7 bulan melangsungkan perkahwinan meninggalkan seorang isteri, arwah amat dikenali dan disenangi rakan setugas dan rakan rakan ditempat pengajian nya terdahulu semoga isterinya tabah dan rohnya tenang disana pergi dihari jumaat yang mulia. Al fatihah.

No comments:

Post a Comment

LightBlog