User Online

LightBlog

Cerita Seram

LightBlog

Thursday 2 January 2020

Pilu ajalmu sicomel tercampak dari dakapan ibu semasa kemalangan


Alor Setar : Permulaan tahun baru 2020 merupakan detik pilu buat pasangan suami isteri ini bila anak tunggal mereka meninggal dunia bila kereta yang dinaiki mereka terlibat kemalangan awal pagi tadi.

Seorang bayi perempuan yang lahir Januari 2017 ini kini akan genap usia 2 tahun pada pertengahan januari 2020 ini maut setelah tercampak dari pangkuan ibunya yang dikenali dengan nama Liyana dalam kemalangan di Jalan Titi Haji Idris, di sini, awal pagi tadi.

Kejadian jam 7.40 pagi itu melibatkan kereta Perodua Myvi yang dipandu pasangan suami isteri bersama bayi tersebut dengan Perodua Alza yang dipandu seorang wanita berusia 30-an.

Wanita yang memandu Alza itu pula hanya cedera ringan di tangan dan kepala.

Kedua-dua kereta dipercayai bertembung lalu terjunam ke dalam parit sawah.


Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain, pemandu kereta Myvi itu tersepit di tempat duduk hadapan manakala bayi itu pula tercampak ke bahagian hadapan kereta.

Pemandu berusia 20-an itu patah paha kanan dan kaki kiri, manakala isterinya mengalami kecederaan di kepala dan kaki.

Kesemua mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini untuk rawatan lanjut, manakala jenazah bayi dihantar ke unit forensik HSB.

Semoga Puan Liyana dan suami tabah dengan apa yang berlaku yang maha esa lebih sayangkan anak syurga mu yang comel ini. Al fatihah (dibaca)

No comments:

Post a Comment

LightBlog