User Online

LightBlog

Cerita Seram

LightBlog

Wednesday 1 January 2020

Tahun baru tanpa isteri dan anak bongsu tersayang


Nibong Tebal : Dikala tahun baru 2020 sudah menjelma bagi suami ini penghujung tahun 2019 adalah detik pilu dalam hidupnya apabila dia kehilangan isteri dan anak bongsu tersayang selepas kereta yang dinaiki mereka dirempuh treler 4 hari lalu.

Bagi Nor Azry Mohd Rosdin, 34, dia kini amat terasa kehilangan isteri tersayang dan bayi perempuannya yang maut apabila kereta dinaiki mereka terbabit kemalangan membabitkan enam kenderaan di kilometer 160.9 Lebuh Raya Utara Selatan arah Selatan berhampiran Bandar Cassia, Nibong Tebal, tengah 4 hari lalu .

Dalam kejadian 12.30 tengah malam itu, mangsa, Siti Khadijah Haron, 33, dan bayi perempuannya, Nur Qaireen Marissa Nor Azry yang berusia lapan bulan meninggal dunia selepas tersepit dalam Proton Waja.

Ia selepas kereta dipandu Nor Azry dan dinaiki dua lagi anak mereka dilanggar sebuah treler sebelum terperosok di belakang sebuah lori lain.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Shafee Abdul Samad berkata, kemalangan membabitkan enam kenderaan termasuk dua treler, dua kereta dan dua jip.


Semua kenderaan datang dari arah Juru menghala Nibong Tebal. Ia berlaku apabila sebuah lori treler dipandu seorang lelaki berusia 39 tahun hilang kawalan sebelum melanggar sebuah kereta Volvo dan Proton Waja sehingga terperosok ke belakang treler lain.

Treler yang hilang kawalan itu kemudian melanggar tiga lagi kereta di laluan itu.

Dua pemandu treler berkenaan itu tidak cedera, manakala empat lagi pemandu kereta hanya cedera ringan, katanya.

Menurutnya, Proton Waja yang dinaiki lima beranak berkenaan rosak teruk menyebabkan mangsa dan bayi perempuannya meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan dada.

Suami dan dua lagi anak lelaki dan perempuan mangsa di dalam kereta itu hanya cedera ringan, katanya.

Shafee berkata, mayat dua mangsa berkenaan berjaya dibawa keluar hasil bantuan daripada Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang pada 4.14 pagi.

Mayat mangsa dan anak itu dihantar ke Hospital Sungai Bakap untuk bedah siasat dan kemalangan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,katanya.

Masih terngiang ngiang difikiran suami ini apa yang terjadi 4 hari lalu sekelip mata dia kehilangan insan tersayang isteri dan anak bongsunya dia kini mengalas tanggungjawab sebagai ibu dan ayah pada 2 lagi anaknya yang terselamat dalam kemalangan ini semoga terus tabah.Al fatihah.


No comments:

Post a Comment

LightBlog